Tuesday 25 July 2017

Kenapa kucing anda perlukan "cat grass" atau tumbuhan


Image result for cat eat grass


kucing ialah sejenis haiwan karnivors yang hanya memakan daging haiwan lain. Di dalam perut kucing tiada enzyme bagi mencepatkan process percernaan disamping untuk mencuci perut kucing daripada bulu, parasit, atau tulang dengan memuntahkan kembali rumput yang dimakan. Biasanya kucing outdoor tidak ada masalah untuk mencari sumber tumbuhan untuk melegakan dan mencuci perut mereka. Untuk kucing indoor mungkin agar sukar untuk mereka untuk mendapatkan sumber tumbuhan ini kerana pergerakan mereka amat terbatas.

Foto Sue Ulik Mayang.


kenapa "cat grass" amat penting untuk kucing anda especially kucing "indoor"?

kucing peliharaan di rumah agak sukar untuk mendapatkan sumber tumbahan ini untuk melegakan perut mereka walaupun makanan seimbang sudah diberi. cat grass amat penting diberikan pada kucing kerana ianya sebagai suppliment tambahan untuk kucing anda. Grass juice, mengandungi folic acid, sejenis vitamin yang menyokong pertumbuhan kucing dan juga meningkatkan oxygen dalam darah mereka. Selain itu, kucing yang makan cat grass ini dapat menolong memuntahkan hairball dari  dalam perut kucing dan dapat melegakan sistem percernaan perut mereka.

Foto Sue Ulik Mayang.

cat grass ini adalah dicipta khas untuk kucing sebagai suppliment tambahan untuk kucing. untuk tanam cat grass ini agak senang kerana pertumbahan dapat dilihat selepas 3 hari. dah selepas 7 hari, sudah boleh diberi pada kucing anda. tanaman cat grass agak sesuai ditanam dalam rumah. Pastikan tanah cat grass ini sentiasa lembab dan diletakkan tidak secara langsung/direct oleh cahaya matahari. 

Untuk mendapatkan cat grass ini, boleh didapati di Sayang Sayang cat care atau boleh wassup 0182874101 untuk perkhidmatan postage, 





Wednesday 19 July 2017

Punca fungus pada kucing dan cara rawatan

Fungus ialah jangkitan kulit yang sering berlaku pada kucing. Terdapat beberapa jenis ketegori fungus yang sering dijangkiti pada kucing dan jenis fungus yang sering dijangkiti pada ialah dermatophytosis atau lebih dikenali Ringwom.

Fungus ini sejenis parasit yang menghuni kulit kucing atau lebih spesifik dibahagian hair follicle. Kesannya memberikan keguguran bulu kucing dibahagian yang dijangkiti dan menampakan kesan kemerah merahan dan ada juga bukan kemerahan pada sesetengah kulit kucing. Ringworm ini sering terdapat dipermukaan tanah atau pasir kucing. 

Kucing yang suka berguling-guling atau bermain dengan tanah berisiko tinggi terkana jangkitan fungus ringworm ini. Jadi elakkan kucing anda sering didedahkan dengan tanah. Jika kucing anda jenis indoor dan mengunakan pasir kucing, pastikan selalu bersihkan tempat najis kucing dan jangan biarkan najis kucing terkumpul kerana ia meningkatkan risiko terkena fungus. 


Image result for pasir clumping biasa
contoh pasir clumping biasa, dan najis kucing yang terkumpul meningkatkan jangkitan fungus dan juga penyakit lain pada kucing - pic dari google


Biasanya ''pasir clumping biasa'' agak berdebu dan boleh meningkatkan terkena jangkitan. kalau sue, sue suggestkan mengunakan pasir jenis crystal atau pasir mengandungi anti bacterial kerana dapat mengurangkan risiko terkena fungus. Dulu kucing sue sering dijangkiti fungus yang teruk, tapi setelah sue guna pasir crystal, jangkitan fungus pada kulit kucing hampir tiada langsung. Kelebihan mengunakan pasir crystal ialah najis kucing dan hancing kencing kucing kurang berbau berbanding mengunakan pasir clumping biasa. Dan yang paling penting ianya tak berdebu dan dapat mengurangkan risiko jangkitan fungus.


Foto Fi Elina.
contoh pasir crystal brand fussie, flavour lavender


Biasanya jangkitan ringworm ni terkena di bahagian perut, muka dan sekitar telinga kucing. Jika pergi ke klinik haiwan biasanya doktor akan bagi ubat cream dan medicated shampoo untuk merawat fungus jenis ini.

Gambar dibawah adalah salah satu contoh jangkitan ringworm yang biasa berlaku dikalangan kucing. 

dihidung

dapat dilihat disekitar lengan kucing

disekitar telinga

dikaki kucing

yang ni satu badan !_!


disebabkan kucing sue banyak, dan untuk mengurangkan kos pergi klinik haiwan, sue mengunakan SK bioseptic dan juga zen spray. Jika mengunakan secara berterusan dan rajin disapu pada kucing insyallah dapat kesembuhan dapat dilihat seawal 2 minggu. 


sk antiseptic: kelebihan merawat fungus, kurap, luka. kucing selsema, sakit mata,


zen spray: lebih kepada mandian seluruh badan kucing. cuma spray kat badan kucing. tak perlu bilas balik dengan air. biarkan ia kuring pada badan kucing. sampoo ini ada anti microbial, virus bagi membasmi fungus, kurap kucing



Kenapa kucing anda perlukan "cat grass" atau tumbuhan

kucing ialah sejenis haiwan karnivors yang hanya memakan daging haiwan lain. Di dalam perut kucing tiada enzyme bagi mencepatkan ...